Peranan media massa Hantu_dalam_masyarakat_Melayu

Pelbagai filem hantu Melayu diadaptasikan seperti Pontianak, Dendam Pontianak, dan Pontianak Gua Musang mendapat sambutan hangat daripada para penonton pada masa itu. Akibat kejahilan dalam agama dan ramai orang yang tidak terpelajar pada ketika itu, filem-filem itu mempengaruhi mereka. Ini mendorong kerajaan untuk menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah.[4] Bagaimanapun, cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah seperti majalah Mastika dan Tok Ngah. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang pada masa kini lebih terpelajar dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, hal ini telah mendorong kerajaan menarik balik sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malahan dokumentari alam ghaib seperti Melangkah ke Alam Ghaib dan Misteri Nusantara di saluran TV3 turut membincangkan mengenai kewujudan hantu.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_dalam_masyarakat_Melayu http://mistique.i8.com/ghozt.htm http://mistique.i8.com/tragedi_pemikiran_melayu.ht... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TamarJa... http://books.google.com.my/books?id=6u8MAQAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=NNcXrBlI9S0C&p... http://books.google.com.my/books?id=_eqWwjSVFYAC&p... http://books.google.com.my/books?id=kjbaJrnVpDAC&p... http://books.google.com.my/books?id=mgYQ4Cl16OkC&p... https://books.google.com.my/books?id=LNu6b6uY7PgC&... https://books.google.com.my/books?id=uhKWCwAAQBAJ&...